Thursday 19 May 2016

Trip to Korea (Tips and Things You Need To Know)

Assalamualaikum.


Kalau anda atau rakan anda atau mungkin juga ahli keluarga anda yg bakal ke Korea sebab gatal nak habiskan duit dorang sebab tak tau nak buat apa, atau mungkin juga ke Korea sebab instagram-pics-worthy, pastikan anda paksa mereka baca blog post ini sebab kalau dorang tak baca, dorang tak power. Lol

Ok lah itu mukadimah, so here's the real thing...

Aku akan bahagikan kepada beberapa segment di mana segment ni tak pernah wujud di Wanita Hari Ini mahupun Nona mahupun Meletop. Segment ini bertajuk Apa nak Prepare?, Eh Dah Sampai dan last sekali segment Dah Cukup Kot ni.




Apa Nak Prepare?


Ok let's say korang dah siap semua document penting untuk naik flight nanti kan, jadi aku taknak sentuh la utk preparation tu. Jadi, antara barang yg penting untuk di bawa ke Korea ialah:



- Itinerary
Aku cadang korang senaraikan tempat nak pergi, bila nak shopping, bila nak berjalan, bila nak food hunting utk sepanjang hari korang berada kat Korea tu. Maksudnya each day, korang dah idea nak buat apa. Tak perlu concrete or details sgt. Nanti bila berjalan korang rasa tak enjoy pulak, nanti tak pasal blog aku dipersalahkan. Hikhik


-Guesthouse/hostel/hotel Booking.
Gais ni penting gais. Better call and book awal2 tempat korang nak stay. Sebab? Nanti korang senang nak rancang perjalanan at the same time jimat masa. Cadangan aku, bagi yang nak berjalan sekitar Seoul, boleh la cari di sekitar Myeongdong atau Sinchon.


- Stoking
Most of the time, korang akan habis masa berjalan aje, so sneakers are preferreable. Because it's cozy and practical. Stoking guna time tidur (sebab sejuk), time berjalan dan time berjalan lagi. Tak pakai stoking memang sakit.

- Universal socket
Aku suggest korang beli kat kedai DIY sebab murah. RM3 - RM5 dah boleh dapat.


- Bawa handphone yg dah di download apps Korean Subway dan MuslimPro (untuk arah kiblat). Siapa yang bawa phone tak download benda ni boleh buang phone ikut tingkap kapal terbang korang.


- Toiletries
 Ok attention pls, bagi korang yang nak jimat space, aku cadangkan korang tak payah bwk byk sgt toiletries sebab sesetengah hotel/hostel/guesthouse korang akan sediakan ni. Like botol besar syampoo, shower gel, so all you need to bring is your toothbrush and toothpaste. Pastu korang punya pencuci muka segala. Hentikan la bawak syampoo dengan showel gel besar gedabak buat kena rampas dgn imigresen je nanti.


Tuala korang bawak yg kecil je jimat space.


- Bawak makanan kering seperti maggi sebab nanti lapar malam2. Maggi atau ramen dekat korea tak payah nak makan, belum tentu halal.


Ubat-ubatan
Well, contoh yg ada masalah kesihatan tolong bring along your medicines. Minyak panas minyak cap kapak apa semua bawak la sendiri pastikan below 100ml sebab naik atas flight. Minyak2 kat Korea nanti mcm mahal je, boleh beli banana uyu. Jadi jangan membazir. Bawak sesiap!


Duit
Bila bercakap pasal duit, semuanya depends on your whole budget. Tukar duit haruslah siap2 sebelum ke Korea. Better tukar awal di Malaysia sebab aku ada pengalaman member tukar duit kat Korea, ya Tohan jauh gila beza sebab mahal sangat! So under duit ni, aku ada tips penting sikit nak kongsi.


Ok. Let's fly then!!! 



Eh Dah Sampai?



What? Dah sampai Korea? Habis nak buat apa sekarang ni? Ok rilek, yang landed di Incheon International Airport, korang akan naik train ke baggage point and main entrance. Dalam 3-4 minit mcm tu je. Yang landed kat Busan boleh main jauh2.

Korang akan pergi imigresen check point pulak. Kalau korang nasib baik, dapatlah Oppa yang handsome jaga kat kaunter. Kalau tak, dapat ahjusshi lah jawabnya. Kat sini dia cek passport, cek cap jari telunjuk, pastu ambik gambar muka kau sebab nak scan. Muka aku hodoh gila time ni sebab baru turun kapal terbang, tak sememeh betul rasa nak lempang. Ok lepastu dah boleh lari dan menjerit sebab kau dah sampai Korea kot!! Ops, sebelum tu pergi kutip beg korang dekat baggage point. Jangan tinggal apa-apa pon!

Incheon International Airport. View dari luar. Cantik kan. 

For those who under travel agency, bus will be provided to take you to the hotel or guesthouse. Kalau dorang tak provide pergi hempuk kepala dorang. Then bagi yg travel alone or backpacking, korang boleh naik bas ikut tempat yg korang nak pergi. Lastly, boleh check in dan chekidaut!



Dah Cukup Kot Ni. 

Tadi aku kata ada nak share tips kan, so aku share kat sini. Memandangkan bila korang dah sampai Korea, benda yang korang akan banyak spend ialah duit selepas masa. Jadi ini tips berbelanja. Nak share tips bagi yg travel ke Korea bukan bersama family, mungkin korang ke sana dengan kawan2, cousin tak pon boyfriend uuui fascinating! Jadi aku assume korang akan ada intention nak beli souvenirs kan? Unless korang pergi dgn family, you don't have be worry, they can buy on their own. Bagi yang kata erm tak kot, pergi sana nak jalan2 je, takkan beli apa2. Well you know what, that's all bullshit!

Korang akan terpengaruh nak beli jugak! Sebab souvenirs dorang sangat cantik. Korang mestilah nak bawak something utk org lain kan? So aku cadang, korang list kan siap2 berapa org yg nak korang nak belikan tu. So kat sini aku nak suggest barang apa yang murah, dalam kuantiti yang banyak dan boleh dijadikan souvenirs. First, korang boleh beli nail clippers korea yg comel. Dalam satu packet ada dalam 10 bagi yg kecil, 5 utk yg besar. Harga dalam 5000won je, jangan beli kalau harga dia lebih! Next, pen korea yg comel! Apa2 corak pon tak kesah, comes in 5-6 quantities in a packet and only costs you 5000won. Stoking korea, macam2 gambar yg insanely cute! Yg ini cuma 1000won utk sekeping stoking. Fridge magnet, 5000 won utk 4-6 pieces in a packet. T-shirt I Love Korea pon ok, 3 helai baju dalam 10,000 won, lebih jangan beli! So start budgeting! Aku akan share kat mana nak beli baju murah di next post. Penat jugak menaip banyak ni. Dah lama tak update blog kan.



That's all for now. Nantikan post jalan-jalan di Seoul and more tips to come. Yang ada nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan komen atau email di nunawinkss@yahoo.com dengan title #SisNakTipsPowerBoleh? Taklah gurau je hihik