Assalamualaikum and hyeeeee!
Long time no see? Actually I've been away for quite long time yeahh. Preparing for future to be exact. Now I am super free! I came back because of my love in blogging world and of course my beloved blog! But, for next super special month, I'm going to attend PLKN for the 1st batch of 2013. Pray for me so that I can through all the hard times in PLKN. Wanna visit me? Just drop your body at Kem Plkn Teluk Rubiah Lumut. Woohoo! For those who's going to be my erm erm my campmate hehe see you guys there! Hope we can be friend! Eh by the way, I came with hopes too! I just create new novel erm erm but I still haven't finish it so cannot declare as a novel yet. Hope you guys can read and drop your comment too. I'm gonna put the first chapter and will publish more soon. That's all for now. Let's read!
SUAMI VERSI MUSUH!
BAB 1
Wajah Puan
Faridah yang begitu gembira akan perkahwinan anak perempuan bongsunya jelas
terpancar sebaik sahaja melihat Alin Sofiyya mengenakan sepasang baju kebaya moden berserta sulaman manik. Kasih
seorang ibu terhadap anaknya semakin menggunung tatkala menerima berita dari
anak perempuannya itu bersetuju untuk mengahwini pemuda pilihannya.
Sesungguhnya, kebahagiaan anaknya yang seorang ini begitu bererti buat Puan
Faridah. Alin Sofiyya begitu manja di sampingnya dan adik-beradiknya yang lain.
Melihat sikap Alin Sofiyya yang begitu manja dan keanak-anakan membuatkan Puan
Faridah risau akan kehidupan rumah tangganya. Mujur sahaja Puan Faridah bertemu
dengan seorang pemuda yang pantas
buat Alin Sofiyya. Kali ini, Puan Faridah yakin bahawa Alin Sofiyya akan bahagia
bersama bakal suaminya nanti. Persoalannya, siapakah bakal suami Alin Sofiyya yang dipilih Puan Faridah?
“Comelnya
anak mama ni.” Puji Puan Faridah sambil anak matanya melihat wajah kesayangan
di hadapannya yang sedang disolek.
“Mama, apa
pula comel. Alin bukannya budak tadika yang kejap lagi nak buat persembahan.
Alin nak menikah tau. Patutnya mama cakap, jelitanya anak mama ni.” Ayat ‘bajet’ ni tiba-tiba terkeluar dari mulut
aku. Kalau ada Kak Yong dengan Angah dekat sini mesti dah lama diorang conteng
muka aku balik lepas dengar ayat aku tadi.
“Yelah,
jelita pun jelitalah.” Mama cubit pipi aku setelah mendengar jawapan dari anak
kesayangannya ni.
Kak Liya yang
menjadi Mak Andam rasmi aku yang dari tadi asyik repair muka aku supaya jadi indah lagi bermakna turut tersenyum melihat
kemesraan aku dengan mama. Katanya, pertama kali dalam hidup dia menatarias
seorang pengantin perempuan yang sangat tak duduk diam. Mana tidaknya, setiap
kali dia nak solek wajah aku, mesti aku
akan bergerak ke sana sini. Sedikit sahaja lagi lipstick yang dipakaikannya nak
mencecah hingga ke pipi. Tu yang dari tadi asyik mengomel seorang diri sampai
aku confuse dia ni Mak Andam ke
pembaca berita.
“Haa dah
siap pun, mak cik.” Kata Kak Liya sambil tersenyum ke arah Puan Faridah.
Sungguh lega kerana akhirnya berjaya menyolek wajah Alin Sofiyya walaupun penuh
dengan cabaran. Benar, Alin Sofiyya memiliki wajah yang begitu mempesonakan.
Sekali pandang pun sudah cukup memikat hati sesiapa yang memandang. Setelah
diteliti, wajah Alin Sofiyya seiras dengan wajah pelakon popular Nora Danish
tetapi versi pakai tudung. Malah, wajah Alin Sofiyya lebih lembut dan comel
apabila tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya!
“Laaa…” sebaris
perkataan yang terpacul dari mulut aku setelah memalingkan muka ke arah cermin.
“Ada apa
Alin? Alin tak suka ke akak make up?”
“Bukan tak
suka. Tapi kenapa cantik sangat ni?
Hehehe ” Perasan juga aku ni!
“Ish, budak
ni. Suka sangat buat orang terkejut tau. Ingatkan apa lah tadi.” Bebel Puan
Faridah lalu meninggalkan kamar anaknya. Kalau makin lama dia di situ, alamat
makin ligat Alin Sofiyya bergurau. Lebih baik dia menyiapkan apa yang patut
sebelum majlis akad nikah berlangsung.
“Tak sangka
akak Alin dah nak kahwin kan” luah Kak Liya pada aku. Aku tak sahut pun cakap
Kak Liya. Aku tengok tangan dia sibuk menyusun semula alat solek untuk
disimpan. Aku tengok dia melauli cermin depan aku ni. Sesekali dia memandang ke
arah aku yang seperti membatu di hadapan cermin. Termenung dan memandang kosong.
Cepat betul mood aku ni berubah. Tadi
bukan main seronok memegah diri sekarang macam bunga ros layu pulak.
“Alin?” Kak
Liya tanya aku lagi.
“Ya, Alin
dengar. Alin lagi la tak sangka kak” balas aku sedikit suram. Aku tongkat dagu
dekat atas meja solek tu. Mama bukan main beria sebab aku nak kahwin sampai
beli set bilik baru.
“Laa, kenapa
tiba-tiba sedih je bunyinya? Alin tak happy
ke nak kahwin?”
“Alin… Alin
tak tahu sama ada Alin patut rasa happy
ke tak, kak.”
“Kenapa
cakap gitu Alin? Tak baik lah. Perkahwinan kan perkara baik.”
“Memang
perkahwinan adalah perkara yang dinanti-nantikan dalam hidup seorang perempuan.
Perkahwinan akan lebih bermakna kalau pasangan kita tu adalah orang kesayangan
kita. Alin happy bila tengok mama happy. Tapi Alin tak pasti akan happy dengan suami Alin nanti.” Akhirnya
aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Selalunya aku tak macam ni,
sedih-sedih bagai ni tak melambangkan aku langsung!
“Alin, akak
percaya suami Alin nanti adalah jodoh dari Allah. Pilihan ibu bapa akan
disertai dengan restu dan keberkatan. Insya-Allah, Alin pasti bahagia di
samping suami. Akak doakan.” Perlahan kata-kata itu dituturkan kepada aku macam
nak memberi semangat dan keyakinan pada aku yang semakin low battery ni. Sejak bila Steve Jobs cipta ipad yang bernama Alin Sofiyya entah!
“Jodoh dari Allah?”
Aku berbisik sendiri. Saja je nak bisik padahal boleh je cakap kuat-kuat. Lama
jugak aku berfikir akan apa yang dikatakan oleh Kak Liya. Sedikit sebanyak
memberi aku kekuatan untuk meneruskan majlis perkahwinan yang akan bermula
beberapa jam sahaja lagi.
“Tapi Alin
sendiri tak kenal siapa suami Alin.” Aku saja bagitahu Kak Liya sambil
berpusing ke belakang tetapi malangnya kelibat Kak Liya sudah tiada. Ahh! Aku
ditinggalkan sendirian. Bila pula Kak Liya keluar tidak pula aku sedar. Mesti dia bosan dengar aku cerita!
Perkarangan rumah Puan Faridah sudah mula penuh dengan tetamu yang hadir dari kalangan keluarga dan teman rapat Puan Faridah dan Alin Soffiya. Majlis akad nikah akan diadakan di rumah Puan Faridah sahaja. Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan dia diadakan berasingan iaitu majlis di sebelah pihak perempuan berlangsung pada keesokan harinya manakala, majlis di sebelah pihak lelaki akan diadakan seminggu kemudian.
Perkarangan rumah Puan Faridah sudah mula penuh dengan tetamu yang hadir dari kalangan keluarga dan teman rapat Puan Faridah dan Alin Soffiya. Majlis akad nikah akan diadakan di rumah Puan Faridah sahaja. Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan dia diadakan berasingan iaitu majlis di sebelah pihak perempuan berlangsung pada keesokan harinya manakala, majlis di sebelah pihak lelaki akan diadakan seminggu kemudian.
Puan Faridah
sudah mula menjemput tetamu yang hadir masuk ke rumah. Rasanya hanya beberapa
orang sahaja yang dijemput pada majlis pernikahan anaknya tetapi seperti ramai
benar yang hadir. Lagi pula, majlis resepsi akan berlangsung pada esok hari.
Mungkin ini rezeki anak perempuannya, bisik Puan Faridah dalam hatinya.
“Haa Fatien,
ada pun kamu. Tu Alin dah lama tunggu kamu.” Tegur Puan Faridah setelah melihat
kelibat teman rapat anaknya, Fatien – si Ratu Membebel.
“Ada mak cik
ada. Baru sampai ni ha. Alin mana mak cik?” teguran Puan Faridah disambut lalu
disalamnya tangan wanita yang berbaju kurung merah jambu itu.
“Dia ada
dalam bilik tu.”
“Ye tak ye
kan, takkan lah pengantin tengah tolong orang memasak kat dapur. Dia nak buat
lawak antarabangsa apa si Alin tu hahaha
” sudah hampir nak keluar dah perangai sebenar si Fatien ni.
“Kamu datang
seorang je ke Fatien? Mana suami kamu?” soal Puan Faridah, terasa hairan pula
dia melihat kehadiran Fatien tanpa ditemani suaminya.
“Ada. Kejap
lagi ada lah tu. Kalau mak cik jumpa dia seorang, mak cik jangan panggil saya.
Tapi kalau mak cik jumpa dia dengan perempuan lain terus hello hello saya tau mak cik.”
“Ada-ada
sahaja lah kamu ni Fatien. Dah pergilah teman Alin tu dekat bilik. Sembang
dengan kamu sampai majlis selesai pun belum tentu habis.”
“Okay, mak
cik! Pasukan Rescue dah datang. Masuk dulu ye mak cik! Jangan berdiri lama-lama
depan pagar tu nanti kena pinang tak pasal-pasal ada dua pengantin perempuan
pula. ” selamba Fatien bergurau lalu meninggalkan Puan Faridah. Puan Faridah
hanya mampu tersenyum dan menggeleng kepala mendengar gurauan Fatien. Terasa
senang sebenarnya bersembang dengan wanita itu. Fatien memang peramah
tambah-tambah lagi dengan orang tua. Pujinya dalam hati.
Pintu kamar
Alin Sofiyya dibuka dengan bangganya oleh Fatien. Dari luar bilik lagi dia
sudah berkira-kira untuk memberi satu pose
yang menarik buat sahabat baiknya itu. Jangan ditanya motif atau sebab kerana
itu sememangnya sikap Fatien yang gemar benar bergurau dan berjenaka. Walaupun
kadang-kadang lawak dia tak boleh diterima akal tetapi inilah satu-satunya
sahabat Alin Sofiyya yang sentiasa menemaninya tak kira senang atau susah.
Mereka berkawan sejak di sekolah menengah lagi. Segila-gila si Fatien ni pun,
dia lah best friend Alin Sofiyya yang
paling cool! Cool ke Fatien oi?
“Alin!!!” Fatien menjerit bila nampak aku. Dia terus
menerpa dekat aku yang tengah duduk sopan di birai katil yang telah dihias
cantik. Katil pengantinlah katakan!
“Fatien!!!”
– Aku bagi reaksi yang sama. Nanti malu pulak dia kalau aku buat biasa-biasa
aje. Baik kan aku!
“Cantiknya
kau! Cantik sangat.” Fatien puji aku sambil matanya melilau dari atas ke bawah.
Aku dengan dia berpusing-pusing sambil menggenggam tangan masing-masing. Macam
budak-budak sangat.
“Mestilah
cantik. Siapa yang nak nampak buruk masa kahwin?”
“Amboi,
sinis sangat jawapan kau tu. Sudah, pening aku dibuatnya berpusing-berpusing.”
Akhirnya sedar juga kawan aku yang seorang ni. Ingat sampai zohor karang nak
main pusing-pusing. Aku dan Fatien kemudian melabuhkan punggung di birai katil.
Masing-masing cuba menghilangkan kepeningan yang agak memeningkan. Pening
sampai berfikir pun tak betul.
“Tak sangka
aku akhirnya kau akan kahwin jugak Alin.” Tiba-tiba Fatien cakap macam ni kat
aku.
“Sorang lagi cakap tak sangka. Apa korang
sangka yang aku ni akan membujang sampai ke tua ke?” Aku tanya tak puas hati.
“Ada orang
lain cakap benda yang sama ke?”
“Adalah.”
Tiba-tiba aku rasa macam nak tanya Fatien satu soalan ni. Patut ke aku tanya?
Arghh! Tanya ajelah. “Fatien, kau rasa betul ke keputusan yang aku buat ni?”
“Keputusan
kau untuk kahwin ke? Hmm ada orang nak kat kau pun dah kira bagus Alin.”
“Jawapan kau
tak membantu langsung lah Fatien!” Bengang aku dengan jawapan dia. Tak best langsung telinga aku dengar.
“Haha, aku
nak bantu macam mana Alin? Lagi beberapa minit lagi kau akan bergelar isteri
orang. Tak ada yang aku boleh bantu pun.” Setidak-tidaknya, betul juga apa yang
Fatien cakap tu. Lainlah kalau si Fatien ni gangster besar boleh jugak aku
suruh dia kidnap aku. Tak payahlah
aku teruskan perkahwinan ni.
“Hmm, suami
kau mana? Datang sekali tak?” Aku tanya Fatien lepas membisu memikirkan nasib
hidup aku. Seronok jadi Fatien. Dia kahwin dengan lelaki yang dia cintai.
Sebenarnya aku seorang je dalam dunia ni yang tak kahwin dengan orang yang
dicintai. Mana ada dah orang zaman sekarang kahwin dengan pilihan mak bapak.
Patutnya aku ni humban dekat hutan amazon
je. Biar terbuka sikit minda.
“Err… ada.
Ada dekat luar tu.” ucap Fatien dengan cemas. Kalaulah Alin tahu hal yang
sebenar, pasti majlis pernikahan ini takkan pernah berlangsung. Harap-harap
majlis ini akan berjalan dengan lancar. Amin. Doanya dalam hati.
“Aku terima
nikahnya Alin Sofiyya Binti Harith Ariffin dengan mas kahwinnya sembilan puluh
ringgit tunai.” Lafaz ijab oleh bapa saudara Alin Sofiyya dibalas dengan lafaz
qabul oleh suami Alin Sofiyya dengan sekali lafaz sahaja. Akhirnya, Alin
Sofiyya telah selamat bergelar seorang isteri. Namun, yang menjadi tanda tanya,
siapakah sebenarnya gerangan lelaki yang sudah bergelar suami kepada Alin
Sofiyya?
Sungguh, aku
rasa gementar sangat sebab sebentar lagi suami aku akan masuk ke bilik ni untuk
menyarungkan cincin. Masa ambil result
SPM pun tak gementar macam ni. Suasana yang riuh di dalam bilik pengantin ni
pun tidak boleh mengurangkan perasaan gementar aku. Tambahan lagi, apabila
sepupu aku cakap yang aku sudah pun selamat diijab kabulkan. Aku cuba membayangkan
bagaimana wajah suami aku tu. Tetapi wajah yang pelik-pelik pulak yang datang.
Tak boleh haraplah imagination aku
ni! Perkahwinan ni berlangsung tanpa sebarang ikatan pertunangan. Aku sendiri tidak
sempat berkenalan dengan lelaki yang bakal dijodohkan oleh Mama sebab di saat
aku dimaklumkan oleh rancangan Mama, aku tengah final exam sebelum menamatkan pengajian dalam jurusan Architecture. Bayangkanlah, dengan final exam, paper work,final project semua nak kena submit. Mana aku sempat nak jumpa dengan lelaki tu. Aku terpaksa
setuju bila Mama tanya, lepas dah bersetuju, aku pulak langsung tidak terlintas
di fikiran untuk mengetahui siapa gerangan
lelaki yang menjadi pilihan Mama. Aku serahkan segala-galanya pada takdir dan takdirnya
itu juga telah membawa aku pada hari yang sungguh bersejarah ini. Ya Allah,
permudahkanlah urusan ku ini.
“Alin, tu
suami kau dah masuk tu.” Fatien yang berada dekat sebelah aku ni tiba-tiba
berbisik. Dengan automatiknya Fatien ni terus berdiri lepas tu tinggalkan aku
seorang.
Aku masih
tidak berani untuk melihat wajah suami aku ni. Aku hanya tunduk dan pandang ke
bawah. Pada ketika inilah pun aku rasa lantai bilik ni lebih menarik dipandang
berbanding wajah lelaki yang sudah bergelar suami aku ni. Kalau diikutkan hati,
mahu sahaja aku menjerit pada Fatien agar kembali duduk di sebelah. Argh! Nervous kot! Bentak hati Alin Sofiyya.
“Assalamualaikum.”
Aku rasa dia bagi salam. Betul ke dia yang bagi salam?
Masih tiada
sebarang reaksi daripada aku. Suara lelaki itu… macam aku pernah dengar aje.
Aku hanyut dalam lamunan aku sendiri. Lama jugak aku berkhayal sampai Fatien
terpaksa bergerak ke sebelah aku lalu disikunya aku suka suki dia aje. Dia lupa
ke yang aku ni pengantin? Main siku-siku pulak!
“Wa..alaikumus..salam.”
Aku jawab perlahan macam perempuan melayu terakhir. Dah lah perlahan, tergagap-gagap
pulak tu. Baru belajar jawab salam ye Alin?
Sejurus
selepas aku jawab salam dia. Lelaki dekat depan aku ni terus sarungkan cincin
ke jari manis aku. Nak je aku suruh dia sarungkan dekat jari telunjuk, baru rock! Banyaklah kau punya rock Alin. Bila dia sentuh tangan aku.
Aku dapat rasakan tangan dia sejuk. Takkan nervous
kut bang?
Dalam
beberapa saat, cincin itu sudah selamat disarungkan ke jari manis aku. Namun,
yang tak selamat sekarang ni ialah aku. Aku nak buat apa sekarang ni? Perlu ke
aku angkat muka sekarang?
“Salamlah
tangan laki kau tu Alin.” Suara Fatien tiba-tiba bergema dekat telinga aku.
Aku ikutkan
saja segala yang diarahkan oleh Fatien pada ketika itu. Masa tu jugaklah, semua
yang berada dalam bilik ni suruh aku salam tangan suami aku ni slow-slow sebab nak ambil gambar aku
yang macam isteri solehah ni. Wujud rupanya yang lain ingatkan aku, Fatien dan
mamat ni je dalam bilik ni?
Agak lama
juga aku pose cium tangan suami aku
ni. Betul apa yang aku rasa tadi, tangan suami aku ni memang sejuk! Sempat lagi
aku berfikir, tangan suami aku ni macam cerah lah jugak, maksudnya mesti muka
dia pun cerah. Hu hu hu
Selesai. Aku
kembali ke kedudukan yang asal dan dia pun dah berdiri tegak. Aku masih tak
angkat muka lagi. Mesti dia rasa aku tak ingin tengok muka dia. Kemudian aku dikejutkan
pula dengan tindakan berani suami aku tu mencium dahi aku. Bukan main berani lagi
mamat ni! Alin Sofiyya, ini bukan tindakan berani tetapi tindakan biasa seorang
suami kepadanya isterinya. Apalah…
Aku hanya
mampu memejamkan mata bila dia buat macam tu. Hai, bilalah agaknya mata si Alin
Sofiyya ni nak buka ye? Tak nak tengok wajah suami sendiri ke? Baiklah! Inilah
masanya, aku yakin aku boleh! Go Alin
go! Tak ada apa yang mustahil dalam
dunia ni Alin! Okey, nak buka mata ni. Ready!
Sebaik
sahaja aku membuka mata, pada saat itu juga suami aku ni angkat muka. Dia
pandang tepat pada wajah aku. Ibarat ice
berg di Selat Melaka, begitulah dinginnya renungan Alin Sofiyya terhadap
seorang lelaki di hadapannya kini. Ada ke ice berg dekat Selat Melaka Alin? Fikirannya pantas menangkap pemilik wajah
yang begitu hampir dengan wajahnya. Adri Syazriel! Desisnya dalam hati.
“What?!” Terus
terpancul dari mulut aku separuh menjerit. Masa tu aku dah tak peduli apa dah.
Terus aku bangun dari tempat duduk aku. Aku terkejut! Kenapa lelaki ini ada di
sini? Dia ke yang baru lepas cium dahi aku tadi?
Dappp!
Akibat tindakan pantas oleh Alin Sofiyya yang berdiri telah menyebabkan
pelanggaran antara kepalanya dan hidung suaminya. Semua yang berada di dalam
bilik itu turut terkejut dengan tindakan Alin Sofiyya. Suaminya pula terus
mengadoi kesakitan akibat ditanduk oleh Alin Sofiyya. Dah macam mengulas perlawanan
bola sepak pula rasanya. Sementara itu, kesakitan di kepala Alin Sofiyya pula
langsung tidak diendahkannya. Apa yang penting sekarang ialah, bagaimana wajah
lelaki yang paling dibencinya ini berada di hadapannya? Atau dalam erti kata
yang lain, bagaimana lelaki ini boleh menjadi suaminya? Impossible!
“MasyaAllah,
ditanduknya hidung suaminya.” Puan Faridah yang menyedari tindakan anak
perempuannya segera ke arah anak dan menantunya itu. Puan Faridah berasa
kasihan pula kepada menantunya itu. Tak pasal-pasal kena tanduk dengan isteri
sendiri. Setelah diperiksa, mujur tiada sebarang kecederaan.
Aku yang
memerhati kejadian itu terasa menyirap. Hati aku tiba-tiba pedih. Kenapa Mama
perlu layan lelaki yang paling aku benci ni dengan baik? Kalaulah tiada sesiapa
di bilik ini, pasti sudah aku kerjakan lelaki di depan aku ni!
“Dah Adri,
cepat duduk sebelah isteri kamu tu. Photographer
nak ambil gambar tu.” Puan Faridah mengarah Adri Syazriel agar mengambil tempat
di sebelah Alin sofiyya. Senyumannya terukir di bibir tatkala bergerak ke arah
isterinya itu. Hai, sukalah tu!
Berbeza pula
dengan keadaan Alin Sofiyya yang seakan mendidih dengan tindakan suaminya.
Tiada sedikit pun riak yang menunjukkan dia rela dengan apa yang berlaku pada
ketika itu. Dia benar-benar marah!
“Haa Adri,
letakkan tangan you di pinggang Alin.
Buatlah aksi mesra sedikit. Malu-malu pulak.” Kedengaran suara photongrapher yang tak sedap tu.
Suka-suka
hati mamat ni je nak mengarah. Aku blender
camera dia baru tahu. Biar jadi macam ice blended lepas tu cadang menu baru
dekat Coolblog. Haa yang sebelah aku ni lagi seorang, kalau kau berani ikut
cakap photographer tu, jangan tanya kenapa tiba-tiba baju kau koyak rabak.
Hati aku dah mengutuk habis-habisan dua lelaki ni. Alin Sofiyya benar-benar
tidak dapat menahan kemarahannya. Dia tengah marah ke tengah melawak ni?
Adri
Syazriel tidak teragak-agak untuk melakukan adegan mesra bersama isterinya ini.
Cuma dikhuatiri Alin Sofiyya akan rasa tidak selesa. Pasti wanita ini sudah
memakinya di dalam hati. Macam tahu-tahu aje? Melalui matanya sahaja sudah terbukti yang
isterinya tidak suka kehadirannya di sisi. Wahai Alin Sofiyya ku yang comel,
abang rindu nak tengok sayang marah. Sepantas itu Adri Syazriel mendapat satu
akal. Hanya ada satu cara sahaja untuk mengusik hati Alin Sofiyya.
Cupp! Satu
ciuman yang hangat singgah di pipi Alin Sofiyya. Melekat! Begitulah keadaannya.
Kedua-duanya bagaikan melekat antara satu sama lain. Bibir Adri Syazriel masih
mendarat di pipi Alin Sofiyya. Wajah Alin Sofiyya terus merona merah, bukan
kerana malu. Tetapi kerana menahan marah! Belum pernah ada mana-mana lelaki
yang berani menyentuh pipinya, apatah lagi cium! Andai sahaja dia mampu menolak
Adri Syazriel, akan ditolaknya sehingga bergolek ke lantai. Tidak cukup dengan
itu, tangan Adri Syazriel dengan kemas memeluk pinggang Alin Sofiyya.
“Okey, I dah dapat shot yang cantik.” Celah si photographer.
Aksi
bermesraan antara Adri Syazriel dan Alin Sofiyya tidak berakhir di situ.
Sekadar menguji hati Alin Sofiyya, Adri Syazriel sengaja menolak isterinya
hingga terbaring di atas katil. Adri Syazriel
benar-benar berada di atas Alin Sofiyya. Matanya tajam melihat wajah
isterinya yang hanya sejengkal dari wajahnya. Akibat tindakan kategori berani
mati oleh Adri Syazriel telah menyebabkan Alin Sofiyya terkedu seketika.
Hatinya sesak. Perasaannya bercampur-baur. Debaran di hatinya seolah-olah dia
mempunyai perasaan terhadap lelaki ini. Mata Alin Sofiyya hanya memandang terus
pada wajah lelaki yang dulu pernah bertakhta di hatinya. Sudah bertahun-tahun
dia tidak melihat wajah lelaki ini. Kali terakhir mereka bertentang mata adalah
pada tujuh tahun yang lalu. Sedikit pun dia tidak menyangka akan bertemu
kembali dengan lelaki yang pernah diisytiharkan sebagai musuhnya. Musuh yang
kini sudah menjadi suaminya yang sah! Saat
mata bertentang mata, lahir satu perasaan yang pernah bersatu dalam dua jiwa
insan ini.
“Uoolsss…
lagi cantik shot ni. Okey, stay.” Si photographer yang masih gigih mengambil
gambar.
Semua yang
berada dalam bilik pada ketika itu hanya menyaksikan sahaja aksi-aksi pengantin
baru ini. Ada yang turut mengambil gambar. Ada yang tersengih-sengih melihat
kemesraan mereka. Insan yang paling gembira melihat kemesraan kedua-dua
pengantin ini sudah tentulah Puan Faridah. Doanya dalam hati agar Alin Sofiyya
mampu menerima Adri Syazriel seadanya.
Thank You for reading =)
Best !! Ayat sempoi..tak skema. Tak nmpk mcm bdk baru belajar pun. Dah mcm pro je. Hehe. -kakyank-
ReplyDeletehahaha! thanks kak yank! hehehe still budak baru belajar jgk! thank you sbb komen. huhuhu :D
ReplyDeletenicee dear , try lhaaa hantar kat mana mana , kompirm dapat nyeee . bak kata kakyang , ayat tak skema . really nice , tak sabar nak menantiiiii ep seterusnye . har har -KAKNGAH-
ReplyDeletehahaha nak hantar tapi tak siap lg. insyaAllah dah siap nanti hantar. hehehe thanks kakngah sudi baca and komen. hehehe :P
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteWow! You're pretty talented! Knows English pretty well and can write short stories too. Keep it up! :)
thank you for reading! =)
ReplyDeleteI'm still a beginner. Thanks for your support!
jh
ReplyDeleteJah jah jah ohjah .
ReplyDelete